Friday 12 February 2016

~Air Mata Ibu~

Assalamualaikum / Salam Sejahtera untuk sahabatku....

Lama aku menyepi,dengan keadaan yang tak mengizinkan untuk aku mengemaskini "Diari" kesayanganku ini..Seperti jugak tajuk blog, cerita cinta antara aku dan dunia tak pernah terpadam.. Setiap hari,setiap masa adalah kejadian yang berlainan akan kita hadapi..Nak tak nak memang terpaksa harungi..

Entri aku kali ini mengisahkan air mata seorang insan yang bergelar IBU, EMAK, MAMA. MUMMY, UMMI dan sewaktu dengannya.. 

"AIR MATA"
Apa yang membuatkan kita keluar air mata? Kena Bawang? Masuk Habuk? Menangis? Terlampau gembira? YA semua ini betul. Tapi adakah hampa dapat bayangkan apabila air mata ini keluar dari insan yang mengandungkan dan melahirkan kita?? Betul! fikiran hampa itu, mak kita menangis!
IMEJ : GOOGLE
Ya Allah! Aku tak boleh bayangkan......
Aku cakap macam ini sebab aku ternampak ada mak cik menangis sebelah aku, terlampau rindukan anak dan cucu dia. Suami kepada anak mak cik ini dah bawa balik ke rumah mertua pula. Dia dah call anak dia tapi talian tak dapat dihubungi. Menangis dia tepi aku luahkan perasaan. ALLAH sahaja yang faham, sekali dengan aku jadi sedih sangat. dan terfikir, KENAPA ANAK DIA BUAT MACAM ITU? Sedangkan dari mula anaknya nak bersalin hinggalah lepas 2 bulan bersalin (masih dalam pantang sekarang), mak cik ini yang jaga keseluruhannya!! Mak dia bersengkang mata, ke hulu ke hilir ulang alik jaga anak dan cucu nya. Bila dah kuat, si suami boleh balik rumahnya macam itu sahaja?!! 

Haaippp..Kaum Adam jangan melenting yaa,,Aku tak salahkan suaminya tapi tindakan itu aku pertikaikan..Kenapa bawa balik macam itu tiba-tiba? Tengok tak,jaga tak,p check-up pun tak! Dan dengan tiba-tiba ambil bawa balik jumpa mak ayah dia pula??? Tak boleh ka nak inform mak mertuanya dulu sebelum bawa balik anaknya? Fahamm, keluarga suami pun nak tengok cucu itu tapi kenapa tak ada adap sampai macam itu?! Dah call pun tak dapat! Iskkk sakit pulak hati kite nie awakkkkk!!

Aku rasa sebak sangat dengar mak cik ini cerita rindukan anak dan cucu nya, sambil cerita,lap air mata dengan tudung, dah basah lencun tudung itu dengan air mata dia. Setahu aku mak cik ini susah nak menangis, dia sentiasa tersenyum,.Tapi entahlah..Mungkin terasa hati agaknya..Al-Maklumlah jiwa orang tua-tua kan..Dan sekiranya entri ini dibaca oleh anaknya, TOLONGLAH!! aktifkan telefon dan terus hubungi mak kamu, dia sangat rindukan kamu dan cucunya.

Tuesday 28 July 2015

Cerita Raya Ku...

Assalamualaikum..

Okey,*tiba2 mak neves sangat*...Macam nak masuk exam MUET ja, haha..Okey whatever perasaan ini..syuhhh jauh2 sikit..

     Disebabkan sekarang nie musim raya,walaupun dah 12 syawal nie kan.. Saya masih nak tanya hampa semua macam mana dengan persiapan raya tahun 2015?? Al-maklumlah dengan kenaikan harga barang a.k.a ekonomi yang pesat sekarang ini kan..Macam-macam dugaan yang kita hadapi..Dengan gaji sekarang ini kan,saya rasa ada yang membajet sehingga hujung bulan...Termasuk lah saya ye..hihihi..

    Bagi saya, untuk tahun ini adalah keserhanaan sahaja .. Bila kenangkan sedara mara yang dah tiada,tambah-tambah Tok dah pergi untuk selama-lamanya, jadi raya rasa tak happy sebab dah tak ada istilah 'balik kampung' bagi saya dan keluarga .. Masing-masing haluan yang lain, saudara-mara semua dekat tapi jauh .. Hampa paham kan..?

    Tahun nie, saya beraya bersama keluarga En.Suami di Alor Setar .. Suasana lain bila raya kampung ini,lagipun keluarga En.Suami ini ramai..Saudara jauh semua balik tahun ini..Meriah la sikit kan..So saya dengan En.Suami ke kiri dan kanan lah melayan tetamu .. huhuhu walapun di rumah kami hanya ada juadah yang biasa-biasa sahaja,ketupat,lemang,rendah daging dan ayam,serta kuih muih raya.. Tak ada menu yang luar biasa..Alhamdullilah ahli keluarga bertandang juga dan mengcukupi untuk semua..

  Jadi,macam mana dengan suasana beraya hampa? Ada yang jauh balik ke?Anak-anak atau saudara yang diluar negara balik ke Malaysia? Atau ada suasana yang hampa tak jangka terjadi masa raya tahun ini? Jom kongsi kan...~LOL~

Monday 27 July 2015

Lama menyepi.........

First of all...Assalamualaikum,

sorry,lama menghilangkan diriku ini disebabkan laptop rosak,kekangan hidup dan buzy kerja .. Cewahhh over ja kan aku nie...Tapi seriously sebenarnya laptop rosak .. Oleh kerana aku kena bekerja keras untuk repair laptop tu (ye lah tak kan nak minta mak ayah pulak ), aku menyepikan diri sementara....& now,insyallah akan menghapdate sekerap mungkin aktivi aku kat belog nie hokey..So tunggu latest update ya..LOL *^▁^*

P/s : Selamat Hari Raya,maaf zahir & batin...~
#Raya2015

Friday 6 July 2012

Demam Selsema..:(

Assalamualaikum....

          Firstly,aku nk buang sesawang kat entry aku jap ye.......shhhyy........Ok settle...Dh bersawang dh aku tak ber blogging nie,sebab kurang masa dan sempit sikit poket aku nak topup broadband..Ha ha ha...

Ok..Aku nak cerita sikit hari nie,kes yang teruk tengah melanda dunia sekarang nie..DEMAM + SELESEMA..Tengah2 menaip nie pun penuh tisu berselerak atas meja..Emm nasib badan...Satu family aku semua kena demam selsema nie haa..apa nak cakap...tido..tido..tido  je la...Nak cakap pun malas...Dari budak kecik,en suami dan last mesti aku yang kena dan yang paling teruk & lama kena demam nie...tensionn betul....! 

  Tanpa melengah masa kami sekeluarga pun pergi la ke klinik biasa untuk ambil ubat bagi satu family,yang dewasa2 nie makan panadol yang berbuih2 tu je..solube ( ntah betul ke tak ejaan nie ),yang kecik jumpa en doktor la hahaha...sadis2..sob..sob..~

          Cuaca sekarang nie la aku rasa dah terlampau panas dengan habuk2 lagi..Aku nak sarankan kalau bawak anak2 berjalan ke..Guna kan la payung dan penutup mulut tu haa..Kesian pulak aku tengok budak2 panas,berpeluh2 haa diorang berjalan dengan kita..Lagipun "antibodi" diorang tak sekuat orang dewasa...Orang dewasa pun boleh demam teruk,ini kan pulak diorang kann....

Lagi satu,jangan lupa makan ubat lah ye kepada yang demam tu..minuman ber 'ais' nie kurangkan la buat supaya badan tak terlalu kering bila panas2 nie..sakit tekak jadinya nanti..Minum air kosong dulu atau air buah yang boleh sejuk kan badan..Kurangkan aktiviti tengahari dan awal petang ye..Selamat beramal...~

Tuesday 21 June 2011

Hati Yang Telah Kau Lukai....

Sambil meng update belog..Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa berbicara bersama helaian rambutku..Aku dibuai dengan kenangan indah yang telah kau janjikan kepada suatu masa dahulu..Dan masih terngiang-ngiang akan janji yang dilafazkan dengan bibirmu untuk bersusah dan bersenang bersamaku..

Semakin lama menanti ,semakin resah aku dibuatnya..Telah sekian lama aku masih menanti akan janji-janji itu,janji-janji yang teramat aku perlu disaat-saat aku keresahan,kerisauan dan kesakitan..Kadang-kadang aku merasa kan hatiku tidak semena-mena telah terukir satu senyuman yang aku sendiri tidak pasti samada senyumana kebahagian atau senyuman derita..Bibir tidak mampu lagi melukis kenangan abadi..

Tanpa disedari jugak,titisan air kecil mengalir dengan lajunya di pipi ku ini..Adakah ini senyuman dan air mata kebahagian setelah janji engkau tunaikan atau ini adalah senyuman dan air mata kekecewaan dengan apa yang telah engkau lakukan..Aku buntu..Aku buntu bila memikirkan janji yang engkau taburkan..Adakah telah dilakukan tanpa aku sedari atau engkau memang sengaja melafazkan untuk buat aku jadi milikmu..?!

Aku cuba untuk mencari di mana silapnya sehingga engkau sanggup mengkianati janji-janji manis yang engkau sendiri lafazkan tanpa sebarang paksaan tatkala cinta dan sayang memenuhi ruang hati kita..Kemana hilang nya ayat azimat yang selalu engkau ucapkan di bibir telinga ini..?Hilang..........

Hidup aku kini seperti dibuai satu lapisan pelangi yang sangat indah bila sang hujan menjelma dan akan pudar sedikit demi sedikit apabila sang hujan mula menarik sahabat baiknya sang matahari..Pelangi yang mengiringi hidup aku yang selama ini cantik dengan tiba-tiba hilang sekelip mata tanpa memberikan sebarang tanda bahawa ia sedang hilang ditiup angin..

Emm aku pasrah akan takdir yang melanda aku kini akibat dari perbuatan aku kerana terlalu mempercayai janji-janji yang engkau lafazkan padaku satu masa dahulu..Dan kini hidupku hanya lah untuk aku..Bukan lagi untuk hidup engkau yang sangat mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan diri nie setelah diri ini engkau miliki sepenuhnya..


Kawan,Sahabat & Lawan....??

Assalamualaikum...
Aku sebenarnya nak minta pendapat korang nie apa bezanya kawan,sahabat & lawan @ musuh dalam selimut korang??
Aku sebenarnya dah pening memikirkan pasal nie sebab manusia keliling aku dari aku kecil samapi lah besar tak ada lagi yang boleh menjadi sahabat baik aku,dimana dia ada diwaktu aku senang atau susah.Belum pernah aku jumpa manusia yang macam nie..

Yang selalu aku jumpa hanya kawan dan kebanyakkan nya musuh dalam selimut.aku benci betul dengan manusia sekeliling aku sekarang sebab tak ada yang jujur untuk ada dengan aku.Dan aku paling benci kan adalah manusia talam 10  muka..Ya allah,sakit nya hati aku bila ada kawan macam nie..

Bila dengan kita manis mulut nya,siap kutuk2 lagi orang lain dan bila dengan orang lain dikutuknya kita nie.Apa jenis manusia aku tak tahu lah..Si polan nie pula cakap berlagak,( tinggi diri)..Boleh pula dia cakap kat orang lain sedangkan benda itu dia yang buat..Menyampah sangat aku dengar kalau dia bercakap..Jangan kata dia cakap,dengar suara dia pun aku dah naik benci sekarang nie..Umur baru setahun jagung nak cakap macam dia lah besar..Memang tak sedar diri kan kau nie..Iskkkk

Untuk Si Polan nie aku nak bagi tahu sikit lah kalau kau tetiba baca belog haku nie kan..Tolong lah jaga perangai kau sebelum kau kena dengan aku,,Aku dah gila menyampah dengan muka kau nie dari dulu lagi..Jangan la ingat orang suka sangat dengan apa yang kau buat macam kau je yang betul orang lain salah..Kau tu baru je kenal dunia nie,jangan lah berlagak pandai..HUH..!!!

Korang rasa sakit hati tak kalau ada kawan2 korang yang suka-suka belah2 kan hak korang nak berkawan dengan sesiapa dan suka sangat nak berdengki dengan korang??Dah tu siap pula perli,macam la kita tak faham kan..kalau kau tak puas hati sangat,kau datang depan aku face to face lah cakap..Nak perli2 apahal pulak..Aku pantang nie..!!

P/S : aku memang tengah marah sambil menghapdate belog nie,maaf sesangat andai korang tak senang dengan bahasa aku sebab aku nak bagi si polan nie faham perangai dia macam mana.....~LOL~

Monday 20 June 2011

Pizza Time..

Satu hari sebelum cuti,sesaje aku berjalan2 dengan en suami ke tesco tengok gelagat manusia nie..Tambah2 kat food court dia..Ada jugak mak bapak yang makan sampai tak tengok anak2..Iskkk hilang kang baru nak menangis la meraung la..Em nasib baik aku tak bawa anak,kalau tak anak aku pun hilang sebab mak bapa dia asyik shopping..heheh

Aku sarankan pada family2 lain tu,kalau nak shopping barang rumah tu tak payah la kita nak bawa anak2 kita sebab nanti tak terkawal,mana dengan nak membeli,nak tengok diorang lagi kan..en suami pulak asyik tengok barang mengalahkan kita,anak pulak dibiarkan nya..Emm macam-macam la jadi nanti..lain la kalau kita memang sesaje jalan boleh la bawa anak sekali..huhuhu

Ini lah bila terjadi orang yang lapar masuk pizza hut..hehe jom layan..!!




Minta maaf lagi sekali sebab aku tak pandai nak pusingkan gambar nie..Hehehe kalau korang tahu korang bagitau aku ok..daa~LOL~

Dalam Mood Cuti..

Assalamualaikum....
Korang sihat ke?Aku sedia maklum la memang sihat pun,dan terlebih sihat sudah..ahhaha..Memandang semalam adalah hari cuti,aku bersama en suami pun bershopping dan berjalan2 gitu..Bercuti pun dalam negeri je,tak sempat nak ke luar negeri..Sempat juga pegi tgk cerita KL GANGSTER..Perghh memang best lah cerita tu..Aku rancang nak tengok lagi minggu nie dengan en suami,tak puas tengok sekali..hahaha...
Sebenarnya aku nie balik my hometown sebab nak sambut hari bapa,tapi aku tak dapat hubungi bapa aku,dan aku tak tahu la kemana dia pegi sekarang nie..Emm sedih betul..Ada bapa tapi tak tahu kat mana pun..Mengalahkan PM kalau nak cakap dengan bapa aku nie..Tapi tak apa lak,aku ingin sekali mengucapkan ::SELAMAT HARI BAPA::
kepada ayahku dan abahku
~walau di mana pun berapa dan terima kasih sebab besarkan dila..huhu sedih mood~

Yang aku geram nie,en suami suka sangat snap pic aku yang berbaju pink colour,tengah nak make up pun sibuk dia menangkap picca,tengah makan pun sibuk dia snap jugak..Bila kita nak snap pic dia lari tak cukup tanah pulak..Cover ensem la konon nya tu..Hahaha..love u so much..~
Dalam perancangan bulan depan mungkin nak pegi langkawi untuk honeymoon,HAha gedik kan dah bertahun kawin baru nak pegi honeymoon..Ala bukan selalu,sesekali nak release tension juga kat tempat kerja nie..So ambil peluang lah cuti-cuti malaysia..~

Thursday 16 June 2011

Gerhana Bulan 2011

::Cantik::

Tanggal 15/06/2011..Aku bersama En.Suami tengah menonton Buletin Utama dan tetiba berkata,
"hari nie bukan ada gerhana bulan ke?"

Habis je berita kat tv3,dengan lajunya kami berdua bersiar-siar ke dalam pekan untuk tengok keadaan yang jarang2 kita lihat nie lah..Sambil2 makan,lepaking tengah2 pekan..Tepatlah jam pukul 1:00pagi..Dongak lah ke langit..Wahhhh...Langit gelap je sebab hujan..Bulan pun nampak samar2 gitu..~

Kejadian gerhana bulan penuh ini adalah disebabkan waktu di antara pukul 1:00 pagi - 7:00 pagi kedudukan bumi,bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari..

 Kita sebagai umat islam jangan melepas peluang untuk memohon kampuanan di saat gerhana bulan penuh iaitu dengan melakukan solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf..~Ia sebagai juga tanda kita memohon jauhkan malapetaka yang melanda negara~Dimana ada teori mengatakan kalau terjadinya gerhana bulan mesti terjadikan gempa bumi di mana2..~wallahualam~

Inilah gambar bulan nya,TQ tuan snap pic..
Pukul 1:00 pagi

Pukul 2:00 Pagi

Pukul 3:00 pagi

Pukul 4:00 Pagi

Pukul 5:00 Pagi

Pukul 6:00 Pagi

Pukul 7:00 Pagi

Bahagianya Mereka....

Assalamualaikum...
Firstly aku nak minta maf la kalau hal belog haku hari ini ada yang menyentap mana2 pihak.Hal yang aku nak masukkan kat sini bukan nak mengata sesiapa,cuma nak berkongsi perasan seseorang yang bergelar wanita..Opsss sesetengah wanita la ye..Jangan salah faham..~

Hal ini adalah berkaitan dengan pelakon komedi kita yang dikenali umum iaitu salih yaacob..Korang mesti kenal kan?Kalau yang tak kenal tu aku rasa bayi baru lahir kot..Hahaha just joking..Itulah orang nye yang aku nak kongsi sekarang dengan korang nie..

Soalan cepu gangsa aku untuk korang ye,tak kisah la lelaki ke perempuan..
::Apakah perasaan anda bila tengok akan keadaan abang jem kita nie??::
Haaa tolong jawap di komen ye..~

Kalau bagi aku sebagai isteri pertama dia mungkin aku tak dapat terima,rahmat Allah S.W.T bagi pada isteri2 abg jem nie mesti yang paling tinggi adalah kesabaran..Huh cannot lah!!Kalau aku lah tak tau nak cakap lah bab berkongsi kasih nie,memang aku tak boleh..tak boleh sangat2!!Aku memang tak suka kongsi kasih sayang orang yang aku sayang dengan orang lain..Hahaha jahat kan...~

Jom kita tengok reaksi isteri2 abg jem masa honeymoon isteri ke-4 nye di china..Bahagia nya kan..Ini aku suka..Mana yang teringin nak ber isteri ramai tu menuntut lah ilmu keadilan dan tanggungjawap dulu ye..Takut tanggung dosa kat sana nanti..~LOL~

Suka sangat...~
Powered by Blogger.
Emoticons