Friday 12 February 2016

~Air Mata Ibu~

Assalamualaikum / Salam Sejahtera untuk sahabatku....

Lama aku menyepi,dengan keadaan yang tak mengizinkan untuk aku mengemaskini "Diari" kesayanganku ini..Seperti jugak tajuk blog, cerita cinta antara aku dan dunia tak pernah terpadam.. Setiap hari,setiap masa adalah kejadian yang berlainan akan kita hadapi..Nak tak nak memang terpaksa harungi..

Entri aku kali ini mengisahkan air mata seorang insan yang bergelar IBU, EMAK, MAMA. MUMMY, UMMI dan sewaktu dengannya.. 

"AIR MATA"
Apa yang membuatkan kita keluar air mata? Kena Bawang? Masuk Habuk? Menangis? Terlampau gembira? YA semua ini betul. Tapi adakah hampa dapat bayangkan apabila air mata ini keluar dari insan yang mengandungkan dan melahirkan kita?? Betul! fikiran hampa itu, mak kita menangis!
IMEJ : GOOGLE
Ya Allah! Aku tak boleh bayangkan......
Aku cakap macam ini sebab aku ternampak ada mak cik menangis sebelah aku, terlampau rindukan anak dan cucu dia. Suami kepada anak mak cik ini dah bawa balik ke rumah mertua pula. Dia dah call anak dia tapi talian tak dapat dihubungi. Menangis dia tepi aku luahkan perasaan. ALLAH sahaja yang faham, sekali dengan aku jadi sedih sangat. dan terfikir, KENAPA ANAK DIA BUAT MACAM ITU? Sedangkan dari mula anaknya nak bersalin hinggalah lepas 2 bulan bersalin (masih dalam pantang sekarang), mak cik ini yang jaga keseluruhannya!! Mak dia bersengkang mata, ke hulu ke hilir ulang alik jaga anak dan cucu nya. Bila dah kuat, si suami boleh balik rumahnya macam itu sahaja?!! 

Haaippp..Kaum Adam jangan melenting yaa,,Aku tak salahkan suaminya tapi tindakan itu aku pertikaikan..Kenapa bawa balik macam itu tiba-tiba? Tengok tak,jaga tak,p check-up pun tak! Dan dengan tiba-tiba ambil bawa balik jumpa mak ayah dia pula??? Tak boleh ka nak inform mak mertuanya dulu sebelum bawa balik anaknya? Fahamm, keluarga suami pun nak tengok cucu itu tapi kenapa tak ada adap sampai macam itu?! Dah call pun tak dapat! Iskkk sakit pulak hati kite nie awakkkkk!!

Aku rasa sebak sangat dengar mak cik ini cerita rindukan anak dan cucu nya, sambil cerita,lap air mata dengan tudung, dah basah lencun tudung itu dengan air mata dia. Setahu aku mak cik ini susah nak menangis, dia sentiasa tersenyum,.Tapi entahlah..Mungkin terasa hati agaknya..Al-Maklumlah jiwa orang tua-tua kan..Dan sekiranya entri ini dibaca oleh anaknya, TOLONGLAH!! aktifkan telefon dan terus hubungi mak kamu, dia sangat rindukan kamu dan cucunya.

Powered by Blogger.
Emoticons