Tuesday 28 July 2015

Cerita Raya Ku...

Assalamualaikum..

Okey,*tiba2 mak neves sangat*...Macam nak masuk exam MUET ja, haha..Okey whatever perasaan ini..syuhhh jauh2 sikit..

     Disebabkan sekarang nie musim raya,walaupun dah 12 syawal nie kan.. Saya masih nak tanya hampa semua macam mana dengan persiapan raya tahun 2015?? Al-maklumlah dengan kenaikan harga barang a.k.a ekonomi yang pesat sekarang ini kan..Macam-macam dugaan yang kita hadapi..Dengan gaji sekarang ini kan,saya rasa ada yang membajet sehingga hujung bulan...Termasuk lah saya ye..hihihi..

    Bagi saya, untuk tahun ini adalah keserhanaan sahaja .. Bila kenangkan sedara mara yang dah tiada,tambah-tambah Tok dah pergi untuk selama-lamanya, jadi raya rasa tak happy sebab dah tak ada istilah 'balik kampung' bagi saya dan keluarga .. Masing-masing haluan yang lain, saudara-mara semua dekat tapi jauh .. Hampa paham kan..?

    Tahun nie, saya beraya bersama keluarga En.Suami di Alor Setar .. Suasana lain bila raya kampung ini,lagipun keluarga En.Suami ini ramai..Saudara jauh semua balik tahun ini..Meriah la sikit kan..So saya dengan En.Suami ke kiri dan kanan lah melayan tetamu .. huhuhu walapun di rumah kami hanya ada juadah yang biasa-biasa sahaja,ketupat,lemang,rendah daging dan ayam,serta kuih muih raya.. Tak ada menu yang luar biasa..Alhamdullilah ahli keluarga bertandang juga dan mengcukupi untuk semua..

  Jadi,macam mana dengan suasana beraya hampa? Ada yang jauh balik ke?Anak-anak atau saudara yang diluar negara balik ke Malaysia? Atau ada suasana yang hampa tak jangka terjadi masa raya tahun ini? Jom kongsi kan...~LOL~

Monday 27 July 2015

Lama menyepi.........

First of all...Assalamualaikum,

sorry,lama menghilangkan diriku ini disebabkan laptop rosak,kekangan hidup dan buzy kerja .. Cewahhh over ja kan aku nie...Tapi seriously sebenarnya laptop rosak .. Oleh kerana aku kena bekerja keras untuk repair laptop tu (ye lah tak kan nak minta mak ayah pulak ), aku menyepikan diri sementara....& now,insyallah akan menghapdate sekerap mungkin aktivi aku kat belog nie hokey..So tunggu latest update ya..LOL *^▁^*

P/s : Selamat Hari Raya,maaf zahir & batin...~
#Raya2015
Powered by Blogger.
Emoticons