Thursday, 5 May 2011

Penghutang & Pemiutang

Assalamualaikum....

Hari nie aku nak story mory gan korang bab penghutang & pemiutang..Korang tau tak apa maksud penghutang & pemiutang nie...

Penghutang = Orang yang meminjam.
Pemiutang = Orang @ Institut yang memberi pinjaman.
Ala budak kecik pun tau maksud nie apa kan apatah lagi korang yang dan khatam satu alam nie..hehehe

Didada2 ahkbar sekarang nie aku tengok banyak sangat kes berhutang dan dihutang samada dengan pihak bank,'ah long' atau pun adik beradik dan tak ketingalan hutang dengan kawan2..Korang ada tak hutang atau dengan ayat sopan nya "TUNGGAKAN"..emmm

Sebut je bab hutang nie kan mula la kena migrain..Hutang rumah,kereta,pinjaman peribadi,barang rumah dan macam2 lagi yang aku rasa penat jari nak senaraikan hutang2 di malaysia nie..Korang ada hutang ??Hutang apa cuba cerita sikit,kita boleh kongsi2 pendapat kat sini...
Sebenarnya aku rasa terpanggil juga suara kan isi hati aku tentang orang yang berhutang dan pemberi hutang nie..Nak salahkan salah satu pihak pun tak boleh juga..Dua2 ada kesalahannya sekarang nie..Sebab apa korang perasan tak atau mungkin korang pernah alami kena kejar dengan pihak bank @ debtor collector??

Ok aku cerita dulu bagi pandangan aku tentang Si Penghutang nie..Sebab apa bank lantik agensi kutipan hutang nie??Sebab terlampau ramai orang yang berhutang melarikan diri lepas loan diluluskan,kadang2 bayar la untuk setahun dua lepas tu senyap,siap pindah lagi,bila nak apply loan lagi semua tak lepas mula nak marahkan pihak bank,padahal dorang yang lari dan tak update information terbaru kat pihak bank..Bila nama dah blacklist marah pulak..Kadang2 pihak bank ke rumah @ call,dorang plak yang maki2 nie bukannya pihak bank yang mulakan...

Ikuti plak cerita Si Pemiutang nie..Kadang2 aku geram juga la pada pihak bank,orang dah lama tak bayar mungkin ada masalah kewangan,dan mula nak jelaskan balik bayaran,dorang tak nak terima plak.KENAPA??Katanya ikut sistem,bayar sekian2 jumlah baru boleh lepas bayaran bulanan..Emm tak faham aku..Pelanggan ada masalah nak pegi bincang kadang naik malas sebab etika staff bank sendiri macam tak ada tatasusila..Kejadian nie pernah berlaku kat aku sendiri,aku temankan mak aku pegi simpan duit kat satu bank nie la..(xpyh la aku inform bank mana)..Biasalah kadang2 orang tua nie terlupa apa2 info yang dia kena tuliskan pada slip pembayaran tu..Staff bank tu dengan selamba arnab nya kata kat mak aku..
"mak cik buta ka,awat i/c tak tulis nie,susah orang nak buat kerja,P tulis balik"

Perghh apa korang rasa kalau parents korang kena??Panas telinga aku dengar staff bank nie maki..Aku pun dengan selamba katak nya pegi dekat dia dan berkata2..
"akak,budi bahasa nak melayan orang tua jaga la sikit,ingat keja bank nie bagus sangat ke apa sampai boleh maki orang ikut suka hati,pengurus akak mana?Mai sy nk jumpa kejap.."
Haaa terpinga2 dia,semua orang dalam bank tengok aku..Sebenarnya aku pun malu juga tapi main dengan panas dia maki mak aku..Aku buat la selamba katak je..

Opsss aku agak terlari tajuk perbincangan..hehe xpe sikit je..Ok balik ke tajuk tadi,first etika bank..Kedua plak,kadang2 pelanggan nak bayar jumlah yang termampu,pihak bank tak nak terima,mugkin pihak bank pun ada syarat2,pelanggan kena juga ikut kdang2 tu,tak boleh la nak ikut kepala kita je nak bayar mcm tu..Ikut sistem la..Masa pinjam boleh je ikut sistem kan..Dan pihak bank pun kdang2 bertimbang rasa lah dengan masyrakat malaysia nie yang tengah meningkat taraf hidup..

Jadi bagi pandangan aku..Tak boleh salahkan satu pihak,kepada pelanggan yang ada upaya bayar hutang tu,aku nasihatkan la pergi bayar sebab menyusahkan diri,keluarga dan penjamin( kalau ada).Kepada institut yang terlibat pulak,harap prihatin la kepada pelanggan.Korang yang berhutang jangan segan2 nak datang bincang dengan pihak bank sebab ada yang boleh bawak berbincang.Tak selamanya kita boleh lari dari bayar hutang ini..Hutang akan selalu ikut kita kemana saja yang kita pergi...

Kepada peminjam pun kena fikirkan keadaan penjamin anda,kesian kan lah dia sebab dia tak guna satu sen pun duit yang kita pinjam.Tak kan sebab hutang nie persahabatan kita dengan dia terputus..TAK baik memutuskan silaturrahim sesama umat..Yang lagi teruk dah la blacklist kan nama penjamin,sampai ada yang banrup sekali..Emm mau si penjamin tak melenting sampai gaduh2 depan rumah anda..Akhir kata dari penulis..
"Fikir2kan dan selamat beramal"
P/S : tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang dah tiada..sekian..love all..~

2 comments:

  1. seriously! takde org komen??!!
    mesti ramai yang terasa pedasnya bila makan cili ni...

    ReplyDelete
  2. Cili jenis ni saya rasa ramai yang dok makan. Majoriti kita memang banyak berhutang. Dunia sekarang dah terbalik. Dulu - dulu orang kaya bebas dari hutang tapi sekarang lagi kaya seseorang tu, kebiasaannya lagi banyak dia berhutang. Bezanya antara orang kaya dan belum kaya ialah orang kaya guna hutang sebagai alat untuk menjana pendapatan yang lebih manakala yang lain guna hutang untuk beli barang yang mereka tak mampu.

    Etika bank, debt collector dan sebagainya saya rasa isu yang boleh diselesaikan. Tapi saya betul - betul benci orang yang meminjam tapi tak mau bayar balik. Tak kira lah dari kawan atau institusi kewangan. Just because kawan tu banyak duit atau bank banyak duit, hutang tetap hutang. Bayarlah sekadar yang mampu. AKPK ada ... yang berhutang dengan kawan atau saudara, bayar lah cara ansuran. Walaupun RM10 sebulan. Saya percaya, Allah maha kaya. Sekiranya kita nak langsaikan hutang dengan ikhlas, Insyaa Allah akan jumpa jalan penyelesaian.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
Emoticons