Tuesday 21 June 2011

Hati Yang Telah Kau Lukai....

Sambil meng update belog..Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa berbicara bersama helaian rambutku..Aku dibuai dengan kenangan indah yang telah kau janjikan kepada suatu masa dahulu..Dan masih terngiang-ngiang akan janji yang dilafazkan dengan bibirmu untuk bersusah dan bersenang bersamaku..

Semakin lama menanti ,semakin resah aku dibuatnya..Telah sekian lama aku masih menanti akan janji-janji itu,janji-janji yang teramat aku perlu disaat-saat aku keresahan,kerisauan dan kesakitan..Kadang-kadang aku merasa kan hatiku tidak semena-mena telah terukir satu senyuman yang aku sendiri tidak pasti samada senyumana kebahagian atau senyuman derita..Bibir tidak mampu lagi melukis kenangan abadi..

Tanpa disedari jugak,titisan air kecil mengalir dengan lajunya di pipi ku ini..Adakah ini senyuman dan air mata kebahagian setelah janji engkau tunaikan atau ini adalah senyuman dan air mata kekecewaan dengan apa yang telah engkau lakukan..Aku buntu..Aku buntu bila memikirkan janji yang engkau taburkan..Adakah telah dilakukan tanpa aku sedari atau engkau memang sengaja melafazkan untuk buat aku jadi milikmu..?!

Aku cuba untuk mencari di mana silapnya sehingga engkau sanggup mengkianati janji-janji manis yang engkau sendiri lafazkan tanpa sebarang paksaan tatkala cinta dan sayang memenuhi ruang hati kita..Kemana hilang nya ayat azimat yang selalu engkau ucapkan di bibir telinga ini..?Hilang..........

Hidup aku kini seperti dibuai satu lapisan pelangi yang sangat indah bila sang hujan menjelma dan akan pudar sedikit demi sedikit apabila sang hujan mula menarik sahabat baiknya sang matahari..Pelangi yang mengiringi hidup aku yang selama ini cantik dengan tiba-tiba hilang sekelip mata tanpa memberikan sebarang tanda bahawa ia sedang hilang ditiup angin..

Emm aku pasrah akan takdir yang melanda aku kini akibat dari perbuatan aku kerana terlalu mempercayai janji-janji yang engkau lafazkan padaku satu masa dahulu..Dan kini hidupku hanya lah untuk aku..Bukan lagi untuk hidup engkau yang sangat mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan diri nie setelah diri ini engkau miliki sepenuhnya..


Kawan,Sahabat & Lawan....??

Assalamualaikum...
Aku sebenarnya nak minta pendapat korang nie apa bezanya kawan,sahabat & lawan @ musuh dalam selimut korang??
Aku sebenarnya dah pening memikirkan pasal nie sebab manusia keliling aku dari aku kecil samapi lah besar tak ada lagi yang boleh menjadi sahabat baik aku,dimana dia ada diwaktu aku senang atau susah.Belum pernah aku jumpa manusia yang macam nie..

Yang selalu aku jumpa hanya kawan dan kebanyakkan nya musuh dalam selimut.aku benci betul dengan manusia sekeliling aku sekarang sebab tak ada yang jujur untuk ada dengan aku.Dan aku paling benci kan adalah manusia talam 10  muka..Ya allah,sakit nya hati aku bila ada kawan macam nie..

Bila dengan kita manis mulut nya,siap kutuk2 lagi orang lain dan bila dengan orang lain dikutuknya kita nie.Apa jenis manusia aku tak tahu lah..Si polan nie pula cakap berlagak,( tinggi diri)..Boleh pula dia cakap kat orang lain sedangkan benda itu dia yang buat..Menyampah sangat aku dengar kalau dia bercakap..Jangan kata dia cakap,dengar suara dia pun aku dah naik benci sekarang nie..Umur baru setahun jagung nak cakap macam dia lah besar..Memang tak sedar diri kan kau nie..Iskkkk

Untuk Si Polan nie aku nak bagi tahu sikit lah kalau kau tetiba baca belog haku nie kan..Tolong lah jaga perangai kau sebelum kau kena dengan aku,,Aku dah gila menyampah dengan muka kau nie dari dulu lagi..Jangan la ingat orang suka sangat dengan apa yang kau buat macam kau je yang betul orang lain salah..Kau tu baru je kenal dunia nie,jangan lah berlagak pandai..HUH..!!!

Korang rasa sakit hati tak kalau ada kawan2 korang yang suka-suka belah2 kan hak korang nak berkawan dengan sesiapa dan suka sangat nak berdengki dengan korang??Dah tu siap pula perli,macam la kita tak faham kan..kalau kau tak puas hati sangat,kau datang depan aku face to face lah cakap..Nak perli2 apahal pulak..Aku pantang nie..!!

P/S : aku memang tengah marah sambil menghapdate belog nie,maaf sesangat andai korang tak senang dengan bahasa aku sebab aku nak bagi si polan nie faham perangai dia macam mana.....~LOL~

Monday 20 June 2011

Pizza Time..

Satu hari sebelum cuti,sesaje aku berjalan2 dengan en suami ke tesco tengok gelagat manusia nie..Tambah2 kat food court dia..Ada jugak mak bapak yang makan sampai tak tengok anak2..Iskkk hilang kang baru nak menangis la meraung la..Em nasib baik aku tak bawa anak,kalau tak anak aku pun hilang sebab mak bapa dia asyik shopping..heheh

Aku sarankan pada family2 lain tu,kalau nak shopping barang rumah tu tak payah la kita nak bawa anak2 kita sebab nanti tak terkawal,mana dengan nak membeli,nak tengok diorang lagi kan..en suami pulak asyik tengok barang mengalahkan kita,anak pulak dibiarkan nya..Emm macam-macam la jadi nanti..lain la kalau kita memang sesaje jalan boleh la bawa anak sekali..huhuhu

Ini lah bila terjadi orang yang lapar masuk pizza hut..hehe jom layan..!!




Minta maaf lagi sekali sebab aku tak pandai nak pusingkan gambar nie..Hehehe kalau korang tahu korang bagitau aku ok..daa~LOL~

Dalam Mood Cuti..

Assalamualaikum....
Korang sihat ke?Aku sedia maklum la memang sihat pun,dan terlebih sihat sudah..ahhaha..Memandang semalam adalah hari cuti,aku bersama en suami pun bershopping dan berjalan2 gitu..Bercuti pun dalam negeri je,tak sempat nak ke luar negeri..Sempat juga pegi tgk cerita KL GANGSTER..Perghh memang best lah cerita tu..Aku rancang nak tengok lagi minggu nie dengan en suami,tak puas tengok sekali..hahaha...
Sebenarnya aku nie balik my hometown sebab nak sambut hari bapa,tapi aku tak dapat hubungi bapa aku,dan aku tak tahu la kemana dia pegi sekarang nie..Emm sedih betul..Ada bapa tapi tak tahu kat mana pun..Mengalahkan PM kalau nak cakap dengan bapa aku nie..Tapi tak apa lak,aku ingin sekali mengucapkan ::SELAMAT HARI BAPA::
kepada ayahku dan abahku
~walau di mana pun berapa dan terima kasih sebab besarkan dila..huhu sedih mood~

Yang aku geram nie,en suami suka sangat snap pic aku yang berbaju pink colour,tengah nak make up pun sibuk dia menangkap picca,tengah makan pun sibuk dia snap jugak..Bila kita nak snap pic dia lari tak cukup tanah pulak..Cover ensem la konon nya tu..Hahaha..love u so much..~
Dalam perancangan bulan depan mungkin nak pegi langkawi untuk honeymoon,HAha gedik kan dah bertahun kawin baru nak pegi honeymoon..Ala bukan selalu,sesekali nak release tension juga kat tempat kerja nie..So ambil peluang lah cuti-cuti malaysia..~

Thursday 16 June 2011

Gerhana Bulan 2011

::Cantik::

Tanggal 15/06/2011..Aku bersama En.Suami tengah menonton Buletin Utama dan tetiba berkata,
"hari nie bukan ada gerhana bulan ke?"

Habis je berita kat tv3,dengan lajunya kami berdua bersiar-siar ke dalam pekan untuk tengok keadaan yang jarang2 kita lihat nie lah..Sambil2 makan,lepaking tengah2 pekan..Tepatlah jam pukul 1:00pagi..Dongak lah ke langit..Wahhhh...Langit gelap je sebab hujan..Bulan pun nampak samar2 gitu..~

Kejadian gerhana bulan penuh ini adalah disebabkan waktu di antara pukul 1:00 pagi - 7:00 pagi kedudukan bumi,bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari..

 Kita sebagai umat islam jangan melepas peluang untuk memohon kampuanan di saat gerhana bulan penuh iaitu dengan melakukan solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf..~Ia sebagai juga tanda kita memohon jauhkan malapetaka yang melanda negara~Dimana ada teori mengatakan kalau terjadinya gerhana bulan mesti terjadikan gempa bumi di mana2..~wallahualam~

Inilah gambar bulan nya,TQ tuan snap pic..
Pukul 1:00 pagi

Pukul 2:00 Pagi

Pukul 3:00 pagi

Pukul 4:00 Pagi

Pukul 5:00 Pagi

Pukul 6:00 Pagi

Pukul 7:00 Pagi

Bahagianya Mereka....

Assalamualaikum...
Firstly aku nak minta maf la kalau hal belog haku hari ini ada yang menyentap mana2 pihak.Hal yang aku nak masukkan kat sini bukan nak mengata sesiapa,cuma nak berkongsi perasan seseorang yang bergelar wanita..Opsss sesetengah wanita la ye..Jangan salah faham..~

Hal ini adalah berkaitan dengan pelakon komedi kita yang dikenali umum iaitu salih yaacob..Korang mesti kenal kan?Kalau yang tak kenal tu aku rasa bayi baru lahir kot..Hahaha just joking..Itulah orang nye yang aku nak kongsi sekarang dengan korang nie..

Soalan cepu gangsa aku untuk korang ye,tak kisah la lelaki ke perempuan..
::Apakah perasaan anda bila tengok akan keadaan abang jem kita nie??::
Haaa tolong jawap di komen ye..~

Kalau bagi aku sebagai isteri pertama dia mungkin aku tak dapat terima,rahmat Allah S.W.T bagi pada isteri2 abg jem nie mesti yang paling tinggi adalah kesabaran..Huh cannot lah!!Kalau aku lah tak tau nak cakap lah bab berkongsi kasih nie,memang aku tak boleh..tak boleh sangat2!!Aku memang tak suka kongsi kasih sayang orang yang aku sayang dengan orang lain..Hahaha jahat kan...~

Jom kita tengok reaksi isteri2 abg jem masa honeymoon isteri ke-4 nye di china..Bahagia nya kan..Ini aku suka..Mana yang teringin nak ber isteri ramai tu menuntut lah ilmu keadilan dan tanggungjawap dulu ye..Takut tanggung dosa kat sana nanti..~LOL~

Suka sangat...~

Tuesday 14 June 2011

Kejadian Buruk Hati...

Salam Untuk Semua...
Story aku hari nie adalah sebab penyakit hati manusia di sekeliling kita..Aku rasa korang pun faham maksud aku nie kan..Kalau tak faham tak pe,aku jelaskan untuk korang ok...

Yang aku maksudkan dengan penyakit hatinie adalah sifat-sifat "PHD" manusia yang ada sekarang ini..Tak kira lah samada jenis dengki ke,iri hati ke,apa-apa jenis lah yang buruk-buruk tu adalah penyakit hati manusia..Yang aku tak faham nie kenapa mesti nak berdengki sesama manusia..Kehidupan ini ibarat roda..Ada yang susah dan ada yang senang.kenapa mesti kita dengki dengan kehidupan orang lain..??

Tapi aku faham la kita kan manusia,Allah S.W.T dah pun menganugerahi sifat-sifat nie dalam diri kita tapi kita sepatutnya tahu akan hal ini,benda yang tak baik itu jangan lah kita ikuti..Betul tak??Itulah nak kata pun salah,tak kata pun salah,wajib sesama umat menegur satu sama lain..Kalau ada yang terasa hati jangan la marah ye..

Aku nak story dengan korang sebenarnya pasal satu hamba allah nie,tak perlu rasa nya aku mention kan nama dia dalam nie,yang korang tahu hamba allah je la..Sebab manusia punya masalah nie..Aku tak pasti la apa salah aku yang dia nak dengki sangat dengan kehidupan aku yang memang dah elok Tuhan bagi kan..Kehidupan dia pun dah cukup bahagia aku rasa tapi kenapa dia nak dengki dengan kehidupan aku lagi..?!

Dan jenis aku pulak nie,pantang betul orang berlaga bahu,memang aku panas lah..Kalau setakat dua tiga kali tak pe lah jugak  boleh lak kita tahan tak nak bergaduh dengan dia kan tapi semakin hari semakin menjadi pulak lah..Sikit-sikit tak pe,nie hampir semua dalam hidup aku dia nak ikut..Apa kejadah nya ini semua??(ala-ala karam singh gituuuuuu...)

Yang aku tak puas hati sangat ini,bukan setakat pakaian aku,makanan aku,sampai apa aku beli,apa aku buat hari-hari,kawan2 pun dia nak interframe masuk..!!!Huh gila betul..Ada tak kawan2 korang yang macam nie haaa..??tak puas betul hati aku dengan orang macam nie..Dah la semua nak tiru,pasti buat perangai mcam dia good2 je..Sumpah aku benci budak nie...Hadoiii aii....~

Korang ada cadangan tak macam mana aku nak handle budak nie supaya dia tak ikut apa yang aku buat lagi??Aku dah naik semak dah dia asyik tiru apa yang aku buat,anak dengki2 pulak dengan aku..Emmm tak faham betul...~LOL~

Friday 10 June 2011

KL Gangster...

Opsss bukan nak cerita pasal mana2 gangster ok..Aku just nk cerita yang perasaan aku nie dah lebih berdegup kencang dari pengarah filem "KL GANGSTER" nie..
Hari nie memang ngam2 la 9hb..Kenapalah aku kerja..Kalau tak kerja,panggung buka je aku dh pegi peli tiket dari awal nak tengok..Macam mana lah cerita nie kan..Dah la semua yang berlakon nie hero2 kegemaran aku..Iskkk teruja nya..Tak sabar nak tengok nie...~

Kepada yang dah tengok tu cuba korang kongsi sikit macam mana jalan cerita nie ye..Nanti korang update tau..~LOL~

Tension..!!!

Salam All...

Aku sekarang nie tengah mood bengang nie..Jadi atas alasan ingin melepaskan tekanan yang dah bersarang dalam fikiran aku nie aku meng update kan blog buat tatapan korang ye..

So korang nak tau kenapa aku bengang nie..Ok..Yang pertama,semalam en.suami yang pada mulanya berjanji nak bawak aku shopping,last2 dia yang pegi tido awal..Puas aku kejutkan..Jawapan dia,"ye2 dah bangun nie"..Lepas tu dengan selamba kambing nye dia pegi tido balik..Geram betul aku..~

Situasi yang kedua plak..Aku dah la datang office awal hari nie,tetiba lak line nie buat hal..Hari nie lah sistem nak down..Oleh sebab line down aku pun kebosanan tahap terlampau nie..Korang bayang dari pagi masuk office sampai la petang nie haaa baru line ok..Tahap gaban nie panas aku..

So dengan pantas dan lincahnya aku buka belog nie dan meng update kan status aku untuk renungan korang bersama..Hahaha kerja belum buka file aku buka belog dulu..Aku peduli hape kan janji aku dapat update belog nie hari..Dah berapa lama aku tak update kan??Tapi aku update pun bukan ada follower..HAhaha..~

Wednesday 8 June 2011

Baby Baru...@@

Yeahhhhh...Akhirnya aku dah dapat one new baby..Huhu seronok betul la kan..Aipp korang jangan plak fikir aku nie nak dapat anak baru..Kalau anak baru tu korang doakan la harap2 aku murah rezeki dapat anak la ye..Masih tak de rezeki nak timang anak lagi nie..Hiihi..

Ok lah back to top kan..Maksud aku new baby tadi,aku dah dapat bela lagi sekor anak kucing..Yeeee suka2..Baru2 nie aku balik ke kampung halaman ku lah kan..Sedang aku memasak kat daput tetiba lak seekor nie naik dalam rumah cari makanan..Pastu aku keluar la tengok banyak lagi rupenye ank kucing..Semua kucing2 nie orang punya..

Dengan tetiba nya mata aku yang galak nie terpandang kat seekor nie,comel sangat la..Dah la kucing kesayangan aku baru je mati terjun sungai baru bulan lepas..And than aku tengok kucing nie macam kucing aku Si Comel yang mati nie.Apa lagi aku terus pegang dia la..

Kucing nie lincah sesangat..Sweet,manja sangat..Aku bawa la balik rumah aku,peduli hape kucing orang ke apa sebab satu hari suntuk dia dalam rumah aku tak keluar balik rumah tuan dia pun..Jadi aku ulas kan kucing nie tak bertuan lah..Hahaha..

::Pic Si COmel Baru Yang Dapat Aku Tangkap::

Juvana...^_^

As Salam All My Friends......

Kalau dari tajuk yang aku maksudkan nie apa agak2 yang ada dalam fikiran korang?Kes Juvana?Kes budak2?Hal2 yang melanda remaja sekarang?Haaa mesti banyak la tanggapan korang kan..Story aku hari ini memang la melibatkan kes remaja bawah umur @ juvana..

Tapiiiii kan bukan nk cerita kes budak2 sekarang nie..Aku nak cerita pasal cerita "JUVANA" yang berlangsung di TV3 setiap hari ISNIN pukul 9:00 malam tuu..Apa la korang nie..Haha..
 
Ada jugak yang tak tengok pun cerita JUVANA nie kan?Kenapa korang tak tengok,cerita nie best whattt..Korang rugi sangat la tak tengok sebab cerita nie ada mesej2 yang tersendiri..Boleh jugak kita tengok sambil ajar anak2 kita jangan buat kejahatan..Nanti masuk sekolah JUVANA nanti..huhuhu...
Tapi bagi aku lakonan semua pelakon dalam cerita nie berkesan lah..Dan yang paling aku suka tengok Si Botak,Si Apek,dan Si Daim tu haa..Jom layan sikit picca diorang nie..:

::BOTAK a.k.a Johan Ariff Asari::


::APEK a.k.a Syazwan Zulkifly::














 

Nie lah pelakon2 yang tengah famous sekarang nie dalam JUVANA tu..Kalau Si Daim tu korang pun kenal,tak payah la susah2 aku nak update kan kat sini..Hehehe..So jangan lupa saksikan JUVANA setiap ISNIN,pukul 9 malam di TV3...~LOL~

Tuesday 7 June 2011

Cuba Korang Tengok...

Assamualaikum....
Emm dah lama aku tak update blog kan..Buzy + malas sikit sekarang nie..Nak tambahkan lemak di badan la katakan..Hahaha...

So hari nie aku nak share dengan korang,mungkin benda nie dah lama korang ada,mungkin dah ada income tapi bagi aku yang baru nak update ini,kira baru lah kan..Tak kisah la apa korang nak kata pun..Yang penting kita enjoy..!!(ala-ala nora danish gitu)

Benda nye adalah tentang iklan2 yang ada dalam blog kita,facebook kita,tweet2 kita kan..Haaa mesti ada yang kata "ooooo benda tu"..btl tak?Sesaja aku nak kongsi benda nie dengan korang sebab aku baru je daftar..Budak baru belajar biasa lah kan..Mana yang dah pandai tu minta la ajar sikit..Huhuhu...
 
Aku baru daftar "ChurpChurp" & "Nuffnang" je..Yang lain aku tak berapa faham la nak buat macam mana..Orang kata dapat duit la,apa la..Aku cuba je iklankan..Harap2 ada la rezeki ye..Korang tolong doakan sekali untuk aku yang serba daif nie ye...~
 
Aku dah banyak kali cuba MLM la,sistem jenis downline nie,dah banyak habis tapi kebanyakan ye tipu aku,nie yang aku sedih nie..Huaaa..Huaaa..Tergamak betul diorang tipu duit aku,dah la aku nie susah,sampai hati betul..Iskkk..Harap2 berjaya la sikit dengan syarikat2 pengiklana macam nie yang aku tak kena kuar kan modal..Hehe (nie yang besttt)
Korang tolong tau..Kalau tak nak tolong.malas lah nak kawan dengan korang lagi..Hahaha siap ugut plak..Aku gurau je korang jangan ambil hati pulak..Kalau rajin KLIK lah ye kat link bawah nie ye..~
 
 
::TQ ALL::
::Dengan muka terharu nye aku tengok korang::


Wednesday 1 June 2011

Under Water River..~_~

Ya allah..Indahnya......Itulah perkataan pertama aku keluarkan bila aku tengok picca2 tentang hal yang aku nak kongsi dengan korang nie..It's about The Amazing Underwater River In Cenote Angelita,Mexico..Aku tak berkata-kata bila tengok air laut nie..Cantik sangat2..Aku rasa macam nak pegi skuba sekarang je..

If u all an expert diver you should visit Cenote Angelita in Mexico,Your dive towards the floor of the water-filled cave is amazing to say the least.As you get deeper the water turns from pure to salty; and the bottom, it’s a river. Deeper than 30 meters the water is pure, and deeper than 60 meters it becomes saline.Can u think about that river..Ohh My godness..~

::Jom Tengok Gambar2 Nie::




 Cantik kan??
Haa korang jangan terkejut sebenarnya air laut nie bukan warna biru macam yang kita tengok nie..Sebenarnya air nie berwarna agak ke'coklat'an dan bukan juga dari air tawar..Bak kata ahli saintis/penyelam terkenal yang mengambil gambar nie, Anatoly Beloshchin dan ada jugak yang kata Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.,lapisan air yang berwarna coklat seperti sebatang sungai di dasar laut nie adalah lapisan bahagian bawah gas hidrogen sulfida.Gas yang biasanya dihasilkan dari saluran pembuangan kotoran.Itulah ceritanya..Korang pun mesti suspen macam aku mula2 kan..

Kalau kita fikirkan dengan akal fikiran nie macam mana aliran dia jadi macam nie..Hanya Tuhan saja yang tahu keajaiban yang Dia buat dalam muka bumi nie..Aku sangat terpegun tengok..Suka hati lah korang nak kata aku ketinggalan zaman ke hape ke kan..Yang penting benda nie cantikkkkk sesangat..Haha

Ada jugak sumber yang mengatakan Mr. Jacques Yves Costeau mengambil masa untuk berjumpa dengan seorang profesor muslim,dan setelah diterjemahkan oleh prof melalui ayat2 al-quran yang mengata tentang penemuannya ini,beliau berfikir mana mungkin Manusia Abad Ke Tujuh Mengetahui tentang hal ini,padahal manusia zaman itu mana ada alat yang canggih seperti sekarang??Beliau begitu teruja,dan mengakui akan hal nie yang terbukti sahih.Akhirnya,beliau telah memeluk agama islam..Subhanallah..~Allah Maha Besar Dan Maha Agung..~

“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Wallahu a’lam.
 


Tuesday 31 May 2011

Seksi Girl..

Hai all..Sebelum kita mengakhiri tarikh terakhir dalam bulan 5 nie aku nak story sikit dengan korang pasal satu artis perempuan kepada seorang artis lama nie..Haaaa Korang kenal dengan Kilafairy,alaaa anak Rohana Jalil lahhh...Haaa mesti korang kenal kan...
::Nielah orang nye::
Si Kila nie bagi aku lah kan memang cantik and also seksi u oll tau..Aku suka tengok badan dia,mulut dia,mata dia..Ya allah cantik sangat  ciptaan-Nya nie..

Sekali aku pandang dia nie kan macam Angelina Jolie pulak..Korang perasan tak??ke aku je yang perasan muka dia macam tu..Aishhhh....Jom kita tengok sama ke tidak...

Haa betul tak aku cakap sama @ lebih kurang lah..mulut dengan mata lebih kurang je kan..Hehe sentapppppp..~LOL~

Kenyang & Mengantuk

Hahaha..Pelik je tajuk kan...Sebenarnya semasa aku tengah menconteng dinding belog haku nie,mata aku macam orang yang tak tido dah 3hari..Punya la mengantuk..

Pelik whatttt...!!Gila kau tengah kerja tetiba nak tido,tersenguk2 atas desk nie  haa..dah la haku silap taip lak tu dalam report,dah tak boleh delete de..Punya mengantuk nie..adoiii haii...

Nasib baik la tak da morning meeting dah,kalau ada lagi la haku bosan tahap dewa petala langit kot..Mengantuk nie nak mengadap muka bos aku dah macam tuuutt...tuuttttt..Haaa korang pepaham sendiri la..mike maleh nak menyebutnye...aisehh terkeluor ayat perak teman lak...

Sebenarnya aku mengantuk nie sebab tido lambat semalam,best tengok cite kat tv lah katakan sampai lupa esoknye haku nak kena pegi kerja..Nie lah balasan nya nie..Pastu pagi tadi haku melantak makan nasi lauk ayam lak..Bila dah kenyang jadi ulor sawa lah haku nie atas meja..

Tapi nasib aku memang baik sikit sebab meja belakang sekali dari meja bos..Bak kata officemate aku,tempat terbaik buat port mengular..Haha sory lah hampa memang tak boleh ambik tempat port yang terbaik,sebab ini untuk staff yang terbaik bab mengular je boleh duk kat sini..

Oklah haku nak sambung kerja aku nie..Time too mengular plus tido..Haha korang jangan jeles k..walaupun office kecik..Mengular tetap mengular..Akhir kata dari aku "Majulah Sukan Untuk Negara"..Hehehe~LOL~

Monday 30 May 2011

Akhirnya Ahmad Fedtri Yahya..

Alhamdulilah....
Itu sahaja yang dapat aku ucapkan bila dengar berita yang personaliti TV3 yang memang aku meminati sejak dulu selain Ally Iskandar iaitu Ahmad Fedtri Yahya sudah disahkan menjadi suami kepada Nurul Anati Ismail,seorang guru fizik..

Sweet kan pic nie..Inikah gerangan isterinya..Kita tungguuuu....Apa-apa pun kita ucapkan..SELAMAT PENGANTIN BARU & SEMOGA BERBAHAGIA KEDUANYA..~

Dengar-dengar majilisnya berjalan di Pasir Mas sebelah perempuan dengan tema "Sekolah Pondok" dan sebelah lelaki bertemakan "Manisnya Ukhwah",kedua2nya dalam majlis sederhana sahaja..Di ijap kabul kan sendiri oleh ayah pengantin perempuan..Waaa very the lah..I loike...~

Juara Mentor 5

Firstly aku nak ucapkan Tahniah kepada erra fazira dan protege nya,salma..Korang memang terbaik..Tak sia-sia lah aku vote korang..Hahaha..Tak lupa juga kepada Shiha dan Datuk Sharifah Aini (aku vote juga shiha..ok..) serta Iqa mentornya Edry..
 Aku memang puas hati dengan persembahan mentor 5 tahun nie,suara yang meletop gitu..~Memang terbaik lah..Harap bakat-bakat baru yang muncul nie tak tengelam dalam dunia hiburan yang dah kekurangan bakat-bakat semulajadi macam korang nie..

::Jom layan persembahan ketiga2 protege nie yang aku rasa terbaik sepanjang konsert::
::Berserta dengan lagu terbaru::
::SALMA::

::SHIHA::


::IQA::
Kredit to owner2 blog yg aku copy nie..Hehe jgn mare aaa..Hope korang enjoy dan good luck for all new artist.~LOL~

Sunday 29 May 2011

cuti Sekolah..

Selamat Pagi Too All Blogger...

Sekarang nie dah start untuk cuti sekolah..Emm agak2 mana plan korang ye?Bagi yang berkeluarga mesti nak bawa anak2 pegi berkelah,shopping or whatever lah kan...

Time cuti nie lah keluarga dapat berkumpul nak berjalan2 dengan anak2,happy family gitu haa...Kalau tak musim cuti nye,mak kehulur bapa ke hilir,anak2 ke sekolah lah kan mana lagi haaa...Haha..

Tapi yang tak best nye cuti sekolah nie kan..mak bapa kena kerja,anak2 je cuti..Haa apa lagi ambil kesempatan la bila parents tak ada kat rumah..Emm budak2 memang la macam tu tpi kekadang tu menyakitkan hati la juga..Kita penat balik kerja tengok rumah macam kena ribut je..hangin la satu badan..~

Aku belum ada pelan nak kemana2 lagi cuti sekolah nie..Tapi rasa macam nak pegi berkelah je tapi en.suami mesti tak suka..En.suami tak suka la pegi berkelah nie..Kan susah kalau pendapat lain2..Ayat nye "ala nak buat apa p berkelah,keluar abis duit je,duk tido d rumah lagi baik"..haaa ayat tuu kena paham,mood malas nak keluar en.suami dah datang la 2...Hahaha...

Korang ada pengalaman cuti sekolah nak di share kan ke,kalau ada jangan lupa inform aku okies..Daaa...~

Thursday 26 May 2011

Cuba Yang Pertama...~

::Salam 1 Malaysia kepada semua warga blog ye::

Hari nie aku bertugas macam biasa..Suasana office yang sekejap kecoh sekejap sunyi sepi..Tatkala semua staff asyik melayan perasaan masing-masing..Aku diam seribu bahasa tanpa berkata..ternyiang-nyiang plak sebaris lagu dalam fikir aku,"senyum tak perlu kata apa-apa" yang selalu anak aku nyanyi kan..Hehe...

Bila ada je cerita yang nak dikongsi baru lah satu office nie bergema dengan gelak tawa kecuali big bos..Dia je xleh gelak sebab dia kan bos..Huuhu tiba je time rehat aku yang dah boring macam mentadak lapar nie mencari mangsa la nak teman aku shopping jap...

Jeng..Jeng..Jeng....mangsanya adalah officemate aku jugak la,dia kat dpena meja aku nie haa..Aku ajak la dia pegi shopping di GUARDIAN sebab ada aicorn..Haahaha...Sesaja aku pusing-pusing aku beli la pressed powder..

Tiba-tiba mata aku terpantang satu produk nie dah lama aku dengar tapi was-was jugak nak beli..Benda tu adalah ORGANIC AID,bekas bulat warna coklat..Harga pun tak mahal..Aku belek-belek lah benda tu apa yang ditulisnya..
Aku cuba la beli sebab orang kata boleh hilangkan parut..Sebenarnya kaki aku nie berparut sikit lepas kena air banjir..Gatal kena air banjir terus la betis aku nie berparut sebab bekas garu la kan..Aku dah tak tahu macam mana nak hilangkan parut nie..Jadi aku biarkan je...

Aku cuba beli hari nie dan cuba-cuba lah guna..Tak tahu la macam mana kesan nya nanti..Nak bgtau korang pun aku baru je beli..Nanti dah ada kesan aku update kan lagi..Boleh la sesiapa yang ada parut tu cuba produk nie..Jenis kulit aku tak tahu la ye..~Love u all...~

Wednesday 25 May 2011

My Favorite Cake

Ntah kenapa tetiba hari nie aku rasa macam lapar sangat tapi tak nak makan..Pelik jugak sakit aku nie kan..Haha So aku pun sambil2 buat kerja aku tambah lagi satu kerja aku iaitu mencari makanan di en.google..

Usha makanan pun jadi la kalau tak nak makan pun kan..Aku lapar nak tengok ja bukan nak makan pun..Emm badan aku sejak akhirnya semakin cepat membesarnya..Aku rasa sebab makan tak had kot..

Sambil2 aku dok minum kopi 3 in 1 nie aku nak story dengan korang pasal kek kegemaran aku..Yang the best sekali adalah KEK CHOCOLATE MOIST..Kek nie terbaik la bagi aku..Korang nye taste aku tak tau la kan..

Mai kita usha2 sikit kek2 yang cantik,menarik & the best...

Nyum2..Chocolate Moist Cake..

Blueberry Cake

Cheese Cake
Gambar2 kat atas nie adalah kek yang aku suka..Selalunya aku beli kek nie je la untuk majlis apa pun..Sedap kan..Mulut aku dah rasa2 manis kek nie..Balik japg nak 'merap' cik abang g beli lah..Hehe..

Kekadang cita rasa kita tak pernah sama..Ada yang suka kek span,kek icing dan macam2 lagi la..Bagi aku janji sedap je..Macam mak aku plak dia tak suka manis2..Dan ada jugak diantara kita nie suka kek yang aku rasa unik lah bentuknya..Jom kita usha..
Sweet untuk pengantin.
Untuk Anak2 Kita


Kepada yg suka burger Mcd






 Kepada yang suka gadjet2 terbaru sesuai la kalau korang hadiah kan kek yang rupa nye macam nie..Letak plak gambar artis kesukaan si dia atas pic yang sweet2..






Dan yang aku pelik nie ada jugak yang sanggup buat kek dalam bentuk2 yang macam kat bawah nie..Kalau korang sanggup makan tak??Bagi aku la,tak sanggup nak makan walaupun pengemar kek..Hehe..

Powered by Blogger.
Emoticons